Khamis, 20 September 2012

SAMBUTAN RAYA DAN MERDEKA

Salam Kemerdekaan buat semua. Program bulan Ogos dan September telah digabungkan sekali dan dinamakan Sambutan Raya dan Kemerdekaan. Pertandingan basikal berhias bertemakan kemerdekaan turut diadakan bagi program bulan september.

Seawal jam 8.00 pagi semua ibubapa telah tiba bersama keluarga masing-masing dan berpakaian sedondon. Tepat jam, 8.45 pertandingan menghias basikal telah bermula. Semua ibubapa bersama anak-anak bekerjasama untuk menghias basikal yang bertemakan kemerdekaan. 













 



























 

Akhirnya inilah hasilnya...





Selepas penilaian dibuat, sesi pemberian hadiah dijalankan. Tahniah kepada yang berjaya.
 
 
 


Selesai sesi tersebut, acara yang ditunggu-tunggu ialah jamuan raya.. mm sedapnya..



Setelah semua jemputan selesai makan, sesi tapau dan pembersihan kawasan. Majlis berakhir jam 12.00pm. Secara keseluruhannya, Majlis Jamuan Raya pada tahun ini amat meriah daripada tahun sebelumnya.. Tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat.


Sehingga berjumpa lagi di program yang akan datang. Sekian.

Rabu, 12 September 2012

LAWATAN KE ZOO NEGARA

Program bulan Julai ialah lawatan ke Zoo Negara Malaysia, Kuala Lumpur. Program diadakan pada 14 Julai 2012. Seramai 16 keluarga kanak-kanak PERMATA telah melibatkan diri dalam program ini. Seawal jam 7.00 pagi ibubapa dikehendaki berkumpul di stesen bas Feldajaya Mempaga. Ibubapa yang menaiki kenderaan sendiri juga turut sama berkumpul di sini. Sarapan bihun goreng telah diagih-agihkan dan semua peserta diminta untuk bersarapan dahulu sebelum menaiki bas.

Pada jam 8.00pagi, kami semua bertolak ke Zoo Negara. Kami tiba di Zoo Negara pada jam 10.00pagi. Setelah semua peserta rombongan berkumpul, tiket telah diagihkan. Semua peserta rombongan bebas melawat Zoo dan dikehendaki berkumpul semula di pintu masuk pada jam 1.00tengahari. Setelah semua peserta berkumpul, kami semua bertolak menuju ke Masjid yang terdekat untuk menunaikan solat zuhur. Kemudian, kami meneruskan perjalanan menuju ke Taman Tasik Titiwangsa untuk makan tengahari. Setelah semua peserta menjamu selera, kami dibawa membeli-belah di Giant Gombak. Pada jam 5.00petang kami bertolak pulang ke Mempaga.

Kami mohon maaf kerana gambar tidak dapat disertakan kerana ada sedikit masalah yang tidak dapat dielakkan. Ok berjumpa lagi di lain kali.

Selasa, 11 September 2012

PERTANDINGAN MENGHIAS TAMAN PAPN

Program PIBP bulan Jun ialah Pertandingan Menghias Taman PAPN Mempaga. Program diadakan pada 23 Jun 2012. Ibubapa dibahagikan kepada 2 kumpulan untuk menghias 2 bahagian taman PAPN. Setiap ibubapa perlu berbincang mengenai semua bahan yang perlu dibawa pada hari tersebut dan semua perbelanjaan ditanggung oleh kumpulan masing-masing.

Pertandingan bermula seawal jam 8.00pagi. Semua ibubapa kelihatan membawa bahan dan apabila tiba mereka terus melakukan tugas masing-masing. Wah.. bagusnya.. Ini adalah kerjasama daripada kumpulan 1.



Ini pula kerjasama daripada kumpulan 2.





Sekarang ialah hasil semua tanaman hiasan PAPN.

Taman Kumpulan 1

Taman Kumpulan 2     
Kami minta maaf sebab lama tak kemaskini blog sebab nak tunggu hasil tanaman hiasan PAPN. Pemenangnya ialah Kumpulan 2. Tahniah atas komitmen yang diberi...