Sabtu, 2 Januari 2010

Kursus Membina Budaya Kerja Positif Dalam Organisasi










Pada 24 hingga 27 Disember 2009 yang lalu, seluruh pendidik Pusat Anak PERMATA Negara ( PAPN ) telah menghadiri Kursus Membina Budaya Kerja Positif Dalam Organisasi yang diadakan di Wood Valley Village Sungai Congkak, Hulu Langat. Seramai 120 orang pendidik seluruh Malaysia telah terlibat di dalam kursus ini. Tujuan kursus ini dijalankan adalah bertujuan untuk:
  1. membina budaya kerja yang positif di dalam organisasi
  2. mengeratkan silaturrahim antara pendidik PERMATA
  3. membina semangat jati diri pendidik PERMATA

Input yang diberikan oleh pihak consultant iaitu MENANG TSS ( M ) SDN BHD amat berguna. Fasilitator terdiri daripada Dr. Tembon Ghani, En. Khairul Anuar dan En. Zakaria Ahmad. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah:

  1. Jungle trekking
  2. Simulasi permainan ( Menang seberapa banyak yang mungkin )
  3. Ujian Psikometrik
  4. Cabaran Indiana Jones
  5. Persembahan kebudayaan 1 Malaysia
  6. Cabaran bakat etrpendam berkumpulan

Pada majlis penutup kursus tersebut telah diumumkan juara bagi aktiviti-aktiviti yang dipertandingkan. Juara keseluruhan dimenangi oleh kumpulan Daus & Co. Tempat kedua dimenangi oleh kumpulan PERMATA Peace dan kumpulan WWT di tempat ketiga.

Diharapkan kursus seperti ini dapat kerap diadakan pada masa-masa akan datang. Jutaan terima kasih diucapkan kepada urusetia PERMATA, para fasilitator dan para pendidik PERMATA di atas kerjasama yang telah diberikan. Insya Allah kita jumpa lagi di masa akan datang.