Selasa, 23 Ogos 2011

MAJLIS BERBUKA PUASA, SAMBUTAN HARI LAHIR & PEMASANGAN BENDERA


Pada 19 Ogos 2011, PIBP PAPN Mempaga telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa, Sambutan Hari Lahir dan Pemasangan Bendera Malaysia Sempena Hari Kebangsaan. Majlis bermula jam 6.15petang. Kaum Ibu menyediakan juadah untuk dihidangkan di atas meje. Wah! Banyaknya makanan, mmm tak sabar rasanya, nak tunggu waktu berbuka. Manakala kaum bapa bergotong royong memasang bendera dan lampu bersama-sama sementara menunggu waktu berbuka Puasa.


Pada jam 7.00malam, Pendidik telah mengagihkan makanan yang ditempah iaitu sate dan nasi beriyani. Pengagihan dilakukan berdasarkan tempahan makanan yang telah dibuat sebelum ini.
Apabila tiba waktu berbuka puasa, keadaan menjadi sunyi, maklumlah... semuanya sedang menjamu selera...




Pada jam 7.45, Sambutan Hari Lahir Muhammad Syafiq Syafie telah diadakan. Kek telah disediakan sendiri oleh ibunya. Ramai kanak-kanak berkumpul di sekeliling meja kerana menunggu untuk makan kek.. Setelah menyanyi lagu hari lahir bersama-sama, kek telah dipotong dan diagihkan kepada semua kanak-kanak.




Pada jam 8.15 malam, Majlis tersebut telah berakhir dan semua pulang dengan perut yang kenyang. Alhamdulillah...

Selasa, 9 Ogos 2011

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PUSAT KONSERVASI GAJAH KEBANGSAAN DAN DEERLAND LANCHANG, PAHANG





Tanggal 30 Julai 2011, Pusat Anak PERMATA Negara Mempaga telah mengadakan Lawatan Sambil Belajar ke Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan dan Deerland di Kuala Gandah, Lanchang Pahang. Kami berkumpul di Stesen bas Feldajaya Mempaga pada jam 8.30pagi. Kami memulakan perjalanan jam 9.00pagi dan berkonvoi sebanyak 12 kereta. Nampaknya semua anak-anak PERMATA amat teruja untuk melihat gajah. mm.. mari kita lihat aksi mereka..



Jam 9.45pagi, kami tiba di Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan. Sebelum memulakan aktiviti, kami semua mengabadikan kenangan dengan bergambar beramai-ramai. Setelah mendaftar, kami diberikan pelekat untuk aktiviti lawatan dan memberi makan gajah sahaja. Ramai ibubapa yang kecewa kerana tidak dapat menyertai aktiviti menunggang dan memandikan gajah. Pihak Pusat Konservasi memaklumkan bahawa lawatan kami adalah untuk kanak-kanak PERMATA 4 tahun ke bawah, jadi mereka tidak dapat memberi pas tersebut. mmm .. takpela.. nak buat macam mana kan... Untuk lawatan yang akan datang, saya akan cuba berbincang dengan Pihak Konservasi untuk mendapatkan pas tersebut. insyaallah..

Setelah mendaftar kami dijemput untuk menonton video mengenai kehidupan gajah. Tetapi apabila melangkah ke bilik tayangan, sekali lagi kami kecewa kerana bilik tersebut telah dipenuhi oleh pelawat yang lain. Oleh itu kami mengambil alternatif lain dengan melihat replika, sejarah dan gambar gajah pada pameran kehidupan gajah yang disediakan.




Selepas itu kami melangkah menuju ke Pentas aktiviti gajah. Di sini kami diberi peluang untuk memberi gajah makan dan diberi penerangan mengenai kehidupan gajah.






Setelah semua aktiviti selesai, kami menjamu selera di dewan Pusat Konservasi dengan hidangan makan tengahari yang telah ditempah.. mmm... seronoknya makan ramai-ramai...



Setelah selesai menjamu selera, kami meneruskan lawatan ke Deerland pula.
Bayaran untuk masuk ke sini, dewasa RM5 dan kanak-kanak 3 tahun ke atas RM3.


Deerland ialah seperti Mini Zoo yang menempatkan pelbagai haiwan dan yang uniknya di sini, kami diberi peluang untuk memberi rusa makan dengan masuk ke dalam kandangnya.. ramai kanak-kanak yang menangis kerana takut dengan rusa yang datang menghampiri untuk meminta makanan..




Satu lagi yang menarik di sini, kami diberi peluang untuk memegang dan bergambar dengan ular. Ada yang menjerit geli dan ada yang seronok... Kanak-kanak juga seronok melawat tempat ini kerana mereka dapat melihat pelbagai haiwan dengan lebih dekat lagi dan boleh memegangnya.



Setelah habis melawat, kami semua pulang jam 2.30petang.. mmm.. letihnya... Tapi seronok.. lain kali boleh pergi lagi...