Selasa, 9 Julai 2013

Pertandingan Menghias Frame Gambar

Salam 1 Malaysia.

Bertemu lagi kita di bulan Mac ini. Program untuk bulan ini ialah Pertandingan Menghias Frame Gambar sempena tema pembelajaran pada bulan ini iaitu keluarga. Program tersebut diadakan pada 9 Mac 2013 bermula pada jam 8.30 pagi.

Semua ibubapa dikehendaki membawa peralatan untuk menghias gambar beserta gambar keluarga masing-masing. Setelah Ketua Pendidik memberi sedikit taklimat mengenai syarat-syarat pertandingan, acara menghias dimulakan pada jam 9.00 pagi. Semua ibubapa perlu menghias frame gambar dengan meletakkan bingkai gambar bagi membolehkan frame gambar tersebut digantung di dinding. Mereka diberi masa untuk menghias selama satu jam.

Setelah semuanya selesai, setiap keluarga dikehendaki membentangkan frame gambar yang telah dihias kepada semua yang hadir. Undian telah dilakukan untuk memberi giliran persembahan. Pelbagai kreativiti yang dapat dilihat di sini dan ia amat menarik. Setelah selesai acara seterusnya ialah jamuan makan.

Semasa semua yang hadir menikmati jamuan, para pendidik telah menilai dan memberi markah kepada hasil kerja yang telah dihasilkan. Setelah selesai makan, acara penyampaian hadiah diadakan. Tahniah kepada yang berjaya, kepada yang tidak berjaya boleh cuba lagi pada pertandingan yang akan datang.

Program berakhir pada jam 11.30 tengahari.



Gotong Royong Perdana PIBP PAPN Mempaga

Salam 1 Malaysia.

Program yang telah dijalankan pada bulan Februari ialah Gotong Royong Perdana PIBP PAPN Mempaga. Di dalam mesyuarat bulanan yang telah diadakan pada awal bulan Februari, semua ahli telah bersetuju untuk menetapkan beberapa tugas dan pembahagian tugas kepada semua ibubapa serta barang-barang yang eprlu dibawa.

Program gotong royong telah dijalankan pada 23 Februari 2013 bersamaan hari Sabtu. Program bermula seawal jam 8.00 pagi. Program ini amat mendukacitakan pihak PAPN kerana hanya 10 keluarga yang hadir. Oleh itu pembahagian tugas perlu dibincangkan semula bagi melicinkan perjalanan program gotong royong. Tetapi di sini, pihak PAPN amat berbangga dan berterima kasih kepada semua ibubapa yang hadir bersama anak-anak pada hari tersebut kerana dapat bekerjasama menjalankan program dengan jayanya walaupun dalam bilangan yang kecil.

Antara tugas yang dilakukan ialah meracun rumput di kawasan belakan PAPN, mencuci katil, kerusi, meja, barang-barang permainan serta mencuci bangunan PAPN. Program gotong royong selesai pada jam 11.30 tengahari dan diakhiri dengan jamuan makan.. The end..

Mesyuarat Agong PIBP Kali ke 7 Sesi 2013

Salam 1 Malaysia..
Selamat Menyambut Tahun Baru 2013 diucapkan kepada semua warga pendidik dan HQ Cyberjaya. Semoga kedatangan tahun baru ini akan memberi kita seribu hidayah dan juga memberi semangat serta azam baru untuk kita bersama-sama meneruskan khidmat kita kepada semua masyarakat.

Program pada tahun baru ini dimulakan dengan Mesyuarat Agong PIBP Kali ke 7 bagi sesi 2013. Mesyuarat pada kali ini turut dihadiri oleh Pegawai Paksi PAPN Mempaga iaitu Cik Rosnani Binti Daud bersama pengiringnya iaitu Cik Nadia.

Mesyuarat diadakan pada 12 Januari 2013 bersamaan hari Sabtu iaitu pada jam 8.30 pagi. Ramai ibubapa yang hadir pada mesyuarat kali ini kerana mereka ingin berbincang dengan Cik Rosnani mengenai hal-hal pembelajaran anak-anak mereka dan juga ingin mengenali program PERMATA dengan lebih dekat lagi.

Mesyuarat dimulakan dengan ucapan yang diberikan oleh Ketua Pendidik iaitu Cik Fadzlina Binti Saidin. Kemudian diteruskan pula dengan ucapan oleh Pegawai Paksi PAPN Mempaga iaitu Cik Rosnani Binti Daud. Banyak isu dan amanah yang telah disampaikan kepada semua yang hadir. Antaranya mengenai penglibatan ibubapa, kehadiran anak, Surat Cuti, Kesihatan dan beberapa lagi isu-isu penting yang perlu diberi penekanan sejak dari awal tahun lagi supaya kelemahan atau kekurangan yang sebelumnya dapat diatasi.

Seterusnya agenda mesyuarat diteruskan dengan sesi perletakan ahli jawatankuasa PIBP bagi tahun 2012. Semua ibubapa bersetuju dengan perletakan jawatan tersebut. Kemudian agenda mesyuarat diteruskan dengan perlantikan ahli jawatankuasa PIBP yang baru bagi sesi 2013. Di bawah ini adalah senarai AJK PIBP bagi sesi 2013 yang baru :

Pengerusi : En. Mohd Taufiq Ikram Bin Mohd Mohidin
Timbalan Pengerusi : En. Michael Sumius
Setiausaha : Puan Junaidah Bt Ahmad Abdul Karim
Bendahari : Puan Norfarhana Bt Ramli
Senarai AJK yang lain akan dilantik mengikut program yang dijalankan setiap bulan.

Setelah selesai agenda pelantikan AJK, adalah sesi soal jawab sekiranya terdapat permasalahan atau isu yang ingin ditanya kepada pegawai paksi dan juga pihak pendidik.

Dengan berakhirnya sesi soal jawab, maka berakhirlah Mesyuarat Agong PIBP Kali ke 7 bagi sesi 2013. Program diakhiri dengan jamuan makan.. Nyum.. Nyum... Sehingga berjumpa lagi di program yang akan datang.