Sabtu, 19 Jun 2010

Bubur Lambuk















Tema bulan April adalah makanan. So...aktiviti harian dengan kanak-kanak pun banyak yang melibatkan makan...makan...makan. Meeting dengan parent pun diorang nak buat of course la yang berkenaan dengan makan. Haa...kat situ la tercetusnya idea nak buat bubur lambuk. Tapi masa hari tu bukan je masak bubur lambuk semata-mata. Sebelum masak bihun untuk sarapan dengan masak bubur lambuk, kaum ibu sibuk rewang ( bak kata orang Jawa ). Kaum bapa dok sibuk angkat periuk, kuali, payung, dapur dsb. Sementara tunggu bubur lambuk tu masak, kami warga pendidik PAPN Mempaga menyediakan pelbagai aktiviti untuk anak-anak dan kaum keluarga seperti pertandingan melukis dan mewarna buah-buahan tempatan dan pertandingan membuat sandwich. Pada mulanya syarat-syarat untuk pertandingan ini, sandwich mestilah hasil kreativiti kanak-kanak. Tapi lama kelamaan, ibu, mama, umi diorang yang excited nak buat sandwich sama. Hasilnya memang cantik sampai ada yang buat decoration macam nak letak kat meja pengantin. Really nice!!!

Untuk majlis penutup, hadiah diberikan kepada pemenang untuk acara pertandingan melukis dan mewarna dan hamper kepada setiap anak-anak PAPN Mempaga. Sumbangan tenaga dan keringat yang diberikan amat kami hargai.

Campfire @ PAPN Mempaga











Campfire @ PAPN Mempaga diadakan sempena tema bulan April iaitu deria. Aktiviti seumpama ini merupakan pertama kali dilakukan. Ia adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada anak-anak mengenai suasana di waktu malam ( apa yang boleh dilihat pada waktu malam ) selain aktiviti-aktiviti sisipan yang dijalankan sepanjang perkhemahan tersebut. Ibu bapa telah mula bergotong-royong seawal jam 10 pagi di mana kaum bapa memasang khemah manakala kaum ibu memotong bawang, membersihkan ayam dan daging serta memerap ayam untuk bbq. Antara aktiviti lain adalah:
  1. Solat maghrib dan isyak berjamaah serta membaca yassin
  2. Karaoke
  3. Crossword puzzle
  4. Pakaian beragam
  5. Lawan kata
  6. BBQ
  7. Mandi kolam
Campfire pada kali ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada ibu bapa. Aktiviti seumpama ini diharapkan dapat diteruskan pada masa-masa yang akan datang.

Lawatan Pengarah JPN Pahang ke PAPN Mempaga



PAPN Mempaga telah menerima kunjungan daripada Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Pahang iaitu Dato' En. Abdul Aziz bin Hj.Abdul Latiff pada bulan Januari 2010 yang lalu. Rombongan disertai oleh En. Nazi Mohd Ali ( Penolong Pengarah Pendidikan Awal Kanak-kanak dan Prasekolah ), En. Liew Kim Choon ( Pegawai Pelajaran Daerah Bentong ), En. Hasrudin Mohd Zin ( Penyelia Pengurusan Sekolah ), beberapa orang lagi wakil dari PPD Bentong dan Guru Besar SK Felda Mempaga 1.

Selasa, 15 Jun 2010

Family Day @ Pantai Balok Kuantan
















PIBP PAPN Mempaga telah menganjurkan Hari Keluarga bertempat di Pantai Balok, Kuantan pada 20 Februari 2010. Sebanyak 1 bas dan 4 kereta berkonvoi dari PAPN Mempaga ke Pantai Balok. Antara aktiviti yang dijalankan adalah:

( 1 ) BBQ

( 2 ) Sukaneka

  • mencari selipar
  • lumba lari
  • mencari harta karun
  • isi air dalam botol
  • membina istana pasir
  • meniup belon ( ibu )
  • menimbang bola ( bapa )

Keluarga anak-anak PAPN Mempaga dibahagikan kepada 3 kumpulan iaitu merah, kuning dan oren. Juara sukaneka jatuh kepada kumpulan oren, tempat kedua kuning dan ketiga kumpulan merah. Aktiviti ini sememangnya dapat mengeratkan lagi silaturrahim antara keluarga anak-anak PAPN Mempaga

Majlis Graduasi 2009






















Pada Disember 2009, PAPN Mempaga telah mengadakan Majlis Graduasi untuk anak-anak yang berumur 4 tahun sempena tamatnya sesi pembelajaran mereka di PERMATA. Kanak-kanak yang diraikan adalah seramai 9 orang. Berikut adalah aturcara Majlis Graduasi yang telah dijalankan.


TENTATIF PROGRAM

8.00 – 8.30 mlm: Ketibaan ibu bapa

8.30 – 9.30 mlm:
· Bacaan doa oleh Ustaz Ahmad Shakri Ramli
· Ucapan Ketua Pendidik – Cik Nurul Azilah Mohamad Noor
· Ucapan Pengerusi PIBP – En. Muhammad Rizal Rasli
· Tayangan gambar

9.30 – 10.30 mlm:
· Penyampaian hadiah
· Penyampaian Anugerah
1. Kehadiran Terbaik
2. Penglibatan Aktif
3. Perkembangan Positif
· Penyampaian Sijil Graduasi
· Jamuan & acara tukar hadiah

ANUGERAH KEHADIRAN TERBAIK
Nur Alia Natasya Bte Md Ali Amran
Nurrusdina Adriana Bte Abd Rahim
Muhammad Haiqal Firdaus B. Syahmizam

ANUGERAH PENGLIBATAN AKTIF
En. Abd Rahim Sulaiman & Pn. Rosmiza Yaacob
En. Mohd Aiman Abdoll Aziz & Pn. Rohana Abu Bakar
En. Ahmad Shakri Ramli & Pn. Norlia Mohd Sokarnor
En. Shrul Rizal Baharum & Pn. Rosnita Ahmad
En. Syahmizam Samsudin & Pn. Roslina Romlai

ANUGERAH PERKEMBANGAN POSITIF
Nur Alya Nasuha Bt. Mohd Nazrol
Siti Nur Dewi Bt. Hamdan
Nurul Izzati Marini Bt. Azman
Nurrusdina Adriana Bt. Abd Rahim
Mohd Azmi Taufiq B. Md Ali Amran