Selasa, 10 April 2012

SAMBUTAN ULANGTAHUN PERMATA MEMPAGA DAN HARI LAHIR KANAK-KANAK SERTA SUKANEKA PERMAINAN TRADISIONAL


 
Acara dimulakan dengan aktiviti senamrobik yang dikendalikan oleh pendidik.

Kemudian diteruskan dengan acara kanak-kanak iaitu Permainan Tuju.. Kanak-kanak dikehendaki membaling serpihan tempurung yang dipecahkan kecil kepada tempurung yang besar.

Ibubapa sedang memujuk anak-anak untuk membaling tempurung. Hanya 2 orang kanak-kanak 2 tahun yang hadir.. Mmm.. pasti mereka menang...

Seorang bapa sedang mengukur jarak balingan tempurung. Serpihan tempurung yang paling dekat jaraknya dengan tempurung yang besar akan dianggap pemenang.



Acara seterusnya ialah acara keluarga iaitu boling kelapa. Mula-mula anak baling, kemudian ibu dan seterusnya bapa. Pin yang banyak jatuh akan dianggap sebagai pemenang..

 Yeaa... Kami juara...


 Kek Ulangtahun PERMATA dan kek yang dibawa sendiri oleh ibubapa.


Selepas  acara memotong kek dan minum pagi, acara sukan disambung semula dengan acara untuk ibu, bapa dan pendidik..
Acara bawa batu bata
Acara dukung anak

Acara Lari Ikat Kaki































Semua acara berakhir berakhir pada jam 11.00 pagi. Sebelum pulang semua yang hadir dijamu dengan nasi ayam. Setelah menjamu selera, semua ibubapa bekerjasama untuk mengemas. Majlis berakhir pada jam 12.00 tengahari.. Sehingga berjumpa lagi di program yang akan datang. Sekian..