Khamis, 8 Disember 2011



Pada 3 Disember 2011, PAPN Mempaga telah mengadakan Majlis Konvokesyen PAPN Mempaga sesi 2011 di Dewan Kompleks Penjara Bentong, Pahang. Sehari sebelum majlis berlangsung, raptai majlis dan persembahan kanak-kanak telah diadakan di sana supaya semua kanak-kanak boleh melakukan persembahan dengan baik dan biasa dengan tempat tersebut. Lihat saja aksi mereka..

 
Pada waktu pagi 3 hb Disember, semua staff dan ibubapa telah bergotong royong untuk membuat persiapan dewan bersama-sama dengan staff penjara. Terima kasih kami ucapkan kepada semua yang terlibat kerana banyak membantu untuk memberi hasil yang terbaik.

 
 
 
 
   
Pada jam 7.30 malam, pendaftaran dibuka kepada semua ibubapa dan para jemputan VIP.


Penyambut tetamu menunggu ketibaan VIP iaitu En. Tuantowee, Pegawai Daerah Bentong.


Semua kanak-kanak bersalaman dengan tetamu kehormat.


Tetamu kehormat dijemput melawat Ke Galeri PERMATA untuk melihat hasil kreativiti semua kanak-kanak. Beliau memuji hasil kerja yang dihasilkan. Tahniah...