Khamis, 13 Januari 2011

MALAM GRADUASI PERMATA MEMPAGA 2010

Tanggal 10 Disember 2010, Pusat Anak Permata Mempaga telah mengadakan majlis Malam Graduasi Permata Mempaga bagi sesi 2010. Majlis ini diadakan di Resthouse Bentong. Pada jam 8.00 malam, ruang dewan telah dipenuhi oleh ibubapa, ahli keluarga, kanak-kanak dan juga warga PERMATA Mempaga. Majlis bermula jam 8.30 malam dan dipengerusikan oleh Cikgu Noor Hanani. Semua jemputan yang datang memakai baju yang cantik dan bergemerlapan kerana pada malam itu diadakan pertandingan prince and princess of the night.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh En. Mohd Khair iaitu bapa kepada Nisa Maisarah, pelajar 3 tahun. Kemudian diikuti dengan ucapan daripada Ketua Pendidik dan Pengerusi PIBP.
Pada jam 9.00 malam, majlis diteruskan dengan
makan malam. Amboi sedapnya.. ambik, jangan tak ambik...
Majlis disambung pada jam 9.30 malam iaitu aktiviti nyanyian lagu PERMATA dan bacaan Ikrar oleh semua kanak-kanak Permata. Bacaan ikrar diketuai oleh Mohd Haiqal Firdaus, kanak-kanak 4 tahun. Kemudian, acara diikuti dengan lakonan 'Pokok bengkok' oleh kanak-kanak 4 tahun.



Persembahan yang simple tetapi menarik.. mmm rasa nak tengok lagi... tapi dah tak sempat, masa amat mencemburui acara ini. Persembahan seterusnya ialah tarian 'chicken dance' oleh semua kanak-kanak PERMATA Mempaga. Semua kanak-kanak memakai kostum ayam yang mereka hasilkan sendiri kerana ada pertandingan kostum ayam tercantik. Yang paling meriah, kaum ibu turut dijemput menari sekali dengan anak.. seronok sungguh mereka..
Acara seterusnya ialah penyampaian anugerah dan sijil. Antara anugerah yang disampaikan ialah Anugerah Kehadiran Penuh, Anugerah Pencapaian Cemerlang, Anugerah Ibubapa Aktif, Kostum tercantik, Prince and Princess of the night, Best dress of the night dan banyak lagi.
Akhir sekali ialah penyampaian sijil untuk kanak-kanak 4 tahun. Di sini ibubapa diberi peluang untuk bergambar bersama ahli keluarga mereka. Majlis berakhir jam 11.oo malam...
Tahniah kepada semua pelajar yang konvo malam ni.. semoga jumpa lagi..