Rabu, 23 November 2011

CERAMAH DAN LATIHAN MEMADAM KEBAKARAN




Pada 6 Oktober 2011, Pihak Balai Bomba dan penyelamat Karak telah datang ke PAPN untuk mengadakan Ceramah dan Latihan Memadam Kebakaran. Mereka tiba seawal jam 9.00 pagi.
Kanak-kanak sungguh teruja dengan kehadiran ahli bomba. Ibubapa juga tidak ketinggalan untuk menyertai program tersebut.




Aktiviti dimulakan dengan ceramah mengenai kebakaran yang dibentangkan oleh seorang wakil daripada ahli bomba. Semua kanak-kanak duduk dan memberi sepenuh perhatian atas penerangan yang diberikan.

Setelah selesai ceramah, pihak bomba telah menunjukkan cara memadam api sekiranya baju terbakar.




Kemudian mereka telah mengeluarkan bekas serta mencampurkan minyak diesel dan petrol. Setelah selesai mereka pun menyalakan api. Kanak-kanak sangat teruja melihat api yang besar.
Pihak bomba meminta wakil dari pihak ibu, bapa dan pendidik untuk mencuba memadamkan api menggunakan pemadam api.







Setelah latihan memdam kebakaran selesai, pihak bomba telah memberi pinjam beberapa pasang pakaian bomba saiz kanak-kanak untuk dipakai dan diambil gambar. Semua kanak-kanak telah mencuba pakaian tersebut walaupun kebanyakan bajunya besar.
Mereka juga sempat mengabadikan kenangan dengan memakai baju bomba. Semoga semangat menjadi bomba apabila besar nanti akan tercapai..