Khamis, 15 Mac 2012

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL DAN GOTONG ROYONG

 Pada 25 Februari jam 8.00 pagi bertempat di Papn Mempaga Persatuan ibubapa pendidik telah mengadakan perarakan sempena kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W dan gotong royong besar besaran.Sempena dengan tema pembelajaran bulan Februari iaitu KELUARGA SAYA ibubapa juga dikehendaki menyiapkan satu buah buku skrap yang menceritakan mengenai salasilah keluarga masing-masing.

Acara dimulakan dengan pendaftaran dan minum pagi
Perarakan bermula dari PAPN ke simpang pejabat wilayah Mempaga dan berpatah balik ke PERMATA beserta dengan selawat nabi.

                   Cenderahati untuk setiap keluarga sumbangan daripada Cikgu Azza dan suami

               Buku skrap yang dipamerkan daripada hasil kreativiti keluarga masing-masing

Bersedia untuk mengadakan perarakan Maulidur Rasul


Gotong royong bermula

Kaum bapa bertungkus lumus membersihkan longkang belakang PERMATA








Anak-anak PERMATA pun rajin menolong mencuci alat permainan

Keseluruhannya program pada bulan ini amat memuaskan kerana semua ibubapa dapat berkerjasama menjalankan aktiviti gotong royong.. Terima kasih semua.. Sekian saja untuk bulan ini, berjumpa lagi di lain masa... Assalamualaikum...