Isnin, 6 Disember 2010

HARI KEJOHANAN SUKAN PERMATA MEMPAGA 2010

Tahun 2010 PERMATA Mempaga telah mengadakan Hari Kejohanan Sukan PERMATA Mempaga di padang PAPN. Keseluruhannya ramai ibubapa dan ahli keluarga yang hadir bagi menyokong anak masing-masing disamping memeriahkan majlis. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang banyak membantu saya bagi menjayakan Hari Sukan 2010 ini.

Acara sukan bermula dengan senaman pagi yang dikendalikan oleh Cikgu Nurul dan juga Cikgu Aiman, pengerusi PIBP. Kanak-kanak nampak seronok mengikuti senaman tersebut dengan diiringi lagu 'Let's get laugh'. Ada juga kaum ibu yang menyertai senaman tersebut bagi menaikkan mood semua kanak-kanak pada waktu pagi ni.. Ibu-ibu pun nampaknya seronok, ye la, senaman ramai-ramaikan... selalunya senaman sorang-sorang kat rumah... hehe.. Amboi Cikgu Shima, semangat nampak...




Acara pertama dimulakan dengan acara lumba lari oleh kanak-kanak 4 tahun. Seronok melihat aksi mereka sebab rasanya mereka ni yang paling excited bersukan. Dah besar kan, lepas tu tengok hadiah banyak, bersusun pulak tu... bertambah semangatla... sebenarnya kanak-kanak 4 tahun 6 orang, tapi seorang tidak dapat hadir dan seorang lagi tidak mahu bersukan, tinggal la 4 orang je, jadila...
Cuba tengok kanak-kanak 4 tahun perempuan lumba lari, ayu je... maintain je kan.. Dina dengan Su'aidah, ready.... lari.....


Alamak, kenapa 2 orang je... acara ni sebenarnya acara lumba lari kanak-kanak lelaki 3 tahun, 5 orang sebenarnya, tapi 2 orang je yang nak lari, 3 orang lagi... nangis... confirm dua orang ni menang... JOHAN & NAIB JOHAN...

Panjangnya kaki kanak-kanak perempuan 3 tahun ni, apa-apahal pun kanak-kanak perempuan semua best sebab semua nak join acara.. bagus kan... lagi bagus dari kanak-kanak lelaki...
ingatkan kanak-kanak perempuan yang berkepit dengan emak diaorang tapi lelaki pulak yang berkepit... manjanya..


Acara lumba lari bagi kanak-kanak 2 tahun pulak, Ibu memberi kata semangat sebelum memulakan acara. Anak tak nak lari, tukar acara jadi acara lari bawa anak... hehe..



Acara kedua pula ialah junjung pundi kacang kanak-kanak lelaki 4 tahun... seriusnya muka, bukan apa nak seimbangkan badan tu, bukannya senang kan bagi budak kecik macam ni...
Cuba tengok, kanak-kanak perempuan jugak yang maintain cute je..



Alamak, dua orang ni lagi... jadila, daripada takde orang nak main... janji ada pemenang...
Girl jugak yang best...


Acara untuk kanak-kanak 2 tahun ni, kami ubah sikit. Letak pundi kacang atas tangan. Anak tak nak lari, ibu pun lari sekali la... bagi semangat..



Acara seterusnya ialah bawa bola pingpong dalam sudu, isi air dalam botol, rebut kerusi....
Acara untuk ibubapa pun ada juga. Antaranya acara lari ikat kaki, cari anak, tiup tepung dan galah panjang. Semua acara berjalan dengan lancar. Selesai semua acara, majlis penyampaian hadiah pula dijalankan iaitu acara yang paling dinantikan oleh semua kanak-kanak... Olahragawan dan olahragawati tahun 2010 jatuh kepada Muhammad Azzarul Iqhmal dan Nurrusdina Adriana. Akhir sekali adalah acara makan.... dah penat kan, semuanya pasti lapar...
Alhamdullillah semuanya berakhir jam 12.00pm... lepas kemas, boleh balik....

Ahad, 8 Ogos 2010

Lawatan dari Klinik Pergigian

Aktiviti: Ceramah, Latihan Memberus Gigi & Pemeriksaan Gigi
Tarikh: 9 Ogos 2010
Masa: 9.30 amHari: Isnin


Sesi ceramah tentang gigi dan pemakanan





Tlg Hana nurse!!!!


Say aaaaa Balqis

Say aaaa Rzuan


Edry & Rzuan tunjuk skill


Jom kumur-kumur

'Sedapnye ubat gigi ni' Agaknye tu la yg c Aisyah Amani ni ckp

PAPN Mempaga telah menerima kunjungan daripada Klinik Pergigian Bentong. Lawatan tersebut adalah bertujuan untuk memberi latihan memberus gigi, ceramah dan pemeriksaan gigi kepada kanak-kanak PAPN Mempaga. Macam-macam gelagat diorang. Haa...tengok je la gambar-gambar ni.




Selasa, 20 Julai 2010

Bakar ikan

AKTIVITI: BAKAR IKAN
TARIKH: 21 JULAI 2010
MASA: 10.30 - 11.30 AM
HARI: RABU


k
Balqis, Rizzuan & Aqeil tolong kipas

Entah ape la yang diorang borakkan tu


Kami bakar ikan pelaling


Masa ni Aqeil nak rebut kipas dari Rizzuan


Bukan main lagi diorang ni tengok ikan yang siap dibakar


Hi u all...ok aktiviti hari ni kitorg da ubah sket dari lesson plan yang asal. Walaupun ubah, still tak lari lagi dari tema. hehehe...sebenarnya aktiviti hari ni start dari kanak-kanak pegang dan bau ikan. Tapi tak sempat nak amek gambar. Then diorg tengok plak Cikgu Nurul siang ikan. Ha mulalah ada yang kata busuk la...ada darah la...tapi pape pun diorang memang kelakar. Pastu time diorg basuh ikan pun tak de sape yang nak tolong snap kan gambar. hahahah tapi tak pe. Korang tengok je la gambar budak-budak ni 'mengipas' ikan. Macam-macam gelagat korang boleh nampak. Ada yang berebut kipas Cikgu Azza, ada yang tak sabar-sabar nak makan ikan yang diorg bakar & macam-macam lagilah

Sabtu, 17 Julai 2010

Mini Zoo @ PAPN Mempaga

Aktiviti: Mini Zoo
Tempat: PAPN Mempaga
Tarikh: 18 Julai 2010
Hari: Ahad
Masa: 9 - 11.30 am


Tuan punya ular





Family Dina


Family Aisyah Amani


Family Alisa


Family Aina Batrisyia


Family Nurul Aina


Family Su'aidah


Family Izzati



Family Aqeil

Family Hananiakaisyah


Family Aiman



Family Azzarul



Family Sarah


Family Haiqal



Family Aisy


Kanak-kanak dan ibu-bapa teruja melihat ular

Mak Dina takut pegang ular tu


'Love Bird' bak kata Ibu Aina


Ni kucing Aisyah Amani. Namanya Atan


Burung dari family Su'aidah


Arnab dari family Alisa


Tema bulan Julai adalah haiwan. Kebiasaannya apabila tiba tema haiwan, mesti akan terbayang untuk mengadakan lawatan ke zoo. Tak kira la Zoo Negara ke, Zoo Melaka ke, Zoo Taiping ke...tapi kali ni, PAPN Mempaga membuat 1 kelainan iaitu dengan mengadakan Mini Zoo di kawasan sekitar PAPN. Pendidik menyarankan kepada ibu bapa agar membawa apa saja binatang yang dipelihara. Antara haiwan yang dibawa adalah:
  • 2 ekor ular
  • ferret
  • kura-kura
  • pelbagai jenis burung
  • 4 ekor kucing
  • 3 ekor arnab
  • ikan keli
  • rama-rama
  • belalang
Suasana PAPN Mempaga cukup meriah dengan aktiviti sampingan iaitu pertandingan mencipta haiwan. Ternyata para ibu bapa begitu kreatif dalam menghasilkan alat bantu mengajar. Pemenang dalam pertandingan ini adalah:
  1. Family Alisa
  2. Family Su'aidah
  3. Family Sarah