Sabtu, 3 Julai 2010

Lawatan ke Taman Pertanian Malaysia, Shah Alam



PIBP PAPN Mempaga telah mengadakan 1 lawatan ke Taman Pertanian Malaysia, Shah Alam pada 27 Jun 2010 yang lalu. Lawatan ke Taman Pertanian ini diadakan sempena tema bulanan PAPN iaitu tumbuhan. Dengan adanya lawatan ke tempat-tempat seperti ini dapat membuka lagi minda kanak-kanak terhadap alam sekeliling terutamanya terhadap tumbuh-tumbuhan.
Selain itu, kanak-kanak juga dibawa ke Rumah 4 Musim dimana pada ketika itu adalah musim panas. Kepada sesiapa yang berminat untuk mengadakan lawatan ke Taman Pertanian di Shah Alam ini boleh layari www.tamanpertanianmalaysia.gov.my untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan