Selasa, 9 Ogos 2011

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PUSAT KONSERVASI GAJAH KEBANGSAAN DAN DEERLAND LANCHANG, PAHANG





Tanggal 30 Julai 2011, Pusat Anak PERMATA Negara Mempaga telah mengadakan Lawatan Sambil Belajar ke Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan dan Deerland di Kuala Gandah, Lanchang Pahang. Kami berkumpul di Stesen bas Feldajaya Mempaga pada jam 8.30pagi. Kami memulakan perjalanan jam 9.00pagi dan berkonvoi sebanyak 12 kereta. Nampaknya semua anak-anak PERMATA amat teruja untuk melihat gajah. mm.. mari kita lihat aksi mereka..



Jam 9.45pagi, kami tiba di Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan. Sebelum memulakan aktiviti, kami semua mengabadikan kenangan dengan bergambar beramai-ramai. Setelah mendaftar, kami diberikan pelekat untuk aktiviti lawatan dan memberi makan gajah sahaja. Ramai ibubapa yang kecewa kerana tidak dapat menyertai aktiviti menunggang dan memandikan gajah. Pihak Pusat Konservasi memaklumkan bahawa lawatan kami adalah untuk kanak-kanak PERMATA 4 tahun ke bawah, jadi mereka tidak dapat memberi pas tersebut. mmm .. takpela.. nak buat macam mana kan... Untuk lawatan yang akan datang, saya akan cuba berbincang dengan Pihak Konservasi untuk mendapatkan pas tersebut. insyaallah..

Setelah mendaftar kami dijemput untuk menonton video mengenai kehidupan gajah. Tetapi apabila melangkah ke bilik tayangan, sekali lagi kami kecewa kerana bilik tersebut telah dipenuhi oleh pelawat yang lain. Oleh itu kami mengambil alternatif lain dengan melihat replika, sejarah dan gambar gajah pada pameran kehidupan gajah yang disediakan.




Selepas itu kami melangkah menuju ke Pentas aktiviti gajah. Di sini kami diberi peluang untuk memberi gajah makan dan diberi penerangan mengenai kehidupan gajah.






Setelah semua aktiviti selesai, kami menjamu selera di dewan Pusat Konservasi dengan hidangan makan tengahari yang telah ditempah.. mmm... seronoknya makan ramai-ramai...



Setelah selesai menjamu selera, kami meneruskan lawatan ke Deerland pula.
Bayaran untuk masuk ke sini, dewasa RM5 dan kanak-kanak 3 tahun ke atas RM3.


Deerland ialah seperti Mini Zoo yang menempatkan pelbagai haiwan dan yang uniknya di sini, kami diberi peluang untuk memberi rusa makan dengan masuk ke dalam kandangnya.. ramai kanak-kanak yang menangis kerana takut dengan rusa yang datang menghampiri untuk meminta makanan..




Satu lagi yang menarik di sini, kami diberi peluang untuk memegang dan bergambar dengan ular. Ada yang menjerit geli dan ada yang seronok... Kanak-kanak juga seronok melawat tempat ini kerana mereka dapat melihat pelbagai haiwan dengan lebih dekat lagi dan boleh memegangnya.



Setelah habis melawat, kami semua pulang jam 2.30petang.. mmm.. letihnya... Tapi seronok.. lain kali boleh pergi lagi...

Jumaat, 4 Mac 2011

MAJLIS SUAIKENAL WARGA PERMATA MEMPAGA SESI 2011


Tanggal 19 Februari 2011, PAPN Mempaga telah mengadakan Majlis Suaikenal Warga PAPN Mempaga bagi sesi 2011. Majlis bermula seawal jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 11 pagi.
Majlis ini diadakan untuk mengeratkan lagi silaturrahim diantara warga Pendidik, Ibubapa yang lama dan baru serta semua anak-anak PERMATA. Majlis telah diadakan di ruang depan PAPN.

Setiap keluarga dikehendaki membuat pembentangan mengenai keluarga masing-masing di hadapan semua ibubapa yang lain. Selain itu mereka juga dikehendaki menghasilkan frame gambar keluarga mengikut kreativiti mereka dengan menggunakan bahan yang terbuang.

Program ini sangat bagus kerana ia dapat menunjukkan bakat ibubapa dan meningkatkan keyakinan diri mereka untuk bercakap di khalayak ramai. Walaupan ada yang menggeletar untuk bercakap tetapi mereka masih mencuba untuk membuat pembentangan sebaik mungkin. Syabas diucapkan kerana semua keluarga dapat membuat pembentangan dengan baik sekali.
Selepas aktiviti pembentangan selesai, acara jamuan makan diteruskan. Sambutan hari lahir kanak-kanak turut diadakan bagi yang lahir pada bulan Februari. Kek juga telah disumbangkan oleh Keluarga Rizzuan. Sungguh comel kek Ben 10, hasil air tangan ibunya sendiri tu.. mmm sedapnya.. Kanak-kanak PERMATA juga dapat hadiah jam tangan dari keluarga Rizzuan. Terima kasih.


Selepas acara memotong kek, adalah acara yang paling ditunggu-tunggu iaitu makan....
Selesai jamuan, semua ibubapa bekerjasama mengemas, wah bagusnya... selepas itu, balik... yea....

Isnin, 7 Februari 2011

Mesyuarat Agong PIBP PAPN Mempaga Sesi 2011


Pada 22 Januari 2011, PAPN Mempaga telah mengadakan Mesyuarat Agong PIBP PAPN Mempaga Sesi 2011. Ramai ibubapa yang hadir dalam mesyuarat tersebut. Mesyuarat bermula jam 8.30 pagi dan dipengerusikan oleh Cikgu Noor Hanani. Bacaan doa dimulakan bagi memberkati majlis pada pagi itu. Agenda mesyuarat dimulakan dengan ucapan Ketua Pendidik. Seterusnya adalah sesi perletakan jawatan ahli AJK PIBP 2010 dan disambung dengan perlantikan AJK PIBP sesi 2011 yang baru. Senarai AJK PIBP Sesi 2011 ialah:

Pengerusi : En.Mohd Izwan B. Ishak Noran
Timbalan Pengerusi : Roshila Bt. Sharudin
Setiausaha : Ayisah Bt. Hamdan
Setiausaha 2 : Nazzatul Izan Bt Abd Aziz
Bendahari : Norfarhana Bt. Ramli
Ajk Peralatan : Firdaus Roshidin B. Mohd Mohidin
Ajk Pengangkutan : Mohd Taufiq Ikram B. Mohd Mohidin
Ajk Kebersihan : Noor Mastura Bt Mansor
Ajk Makanan : Shamsiah Bt Mohd Noh


Seterusnya, agenda diteruskan dengan sesi pembentangan mengenai usul-usul yang telah dicadangkan oleh ibubapa yang dibincangkan oleh Ketua Pendidik. Antaranya ialah usul mengenai program, aktiviti anak-anak dan penglibatan ibubapa. Agenda yang terakhir ialah perbincangan mengenai isu-isu berbangkit di PAPN oleh Ketua Pendidik. Mesyuarat tamat jam 10.30pagi dan disusuli dengan jamuan ringan.

Khamis, 13 Januari 2011

MALAM GRADUASI PERMATA MEMPAGA 2010

Tanggal 10 Disember 2010, Pusat Anak Permata Mempaga telah mengadakan majlis Malam Graduasi Permata Mempaga bagi sesi 2010. Majlis ini diadakan di Resthouse Bentong. Pada jam 8.00 malam, ruang dewan telah dipenuhi oleh ibubapa, ahli keluarga, kanak-kanak dan juga warga PERMATA Mempaga. Majlis bermula jam 8.30 malam dan dipengerusikan oleh Cikgu Noor Hanani. Semua jemputan yang datang memakai baju yang cantik dan bergemerlapan kerana pada malam itu diadakan pertandingan prince and princess of the night.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh En. Mohd Khair iaitu bapa kepada Nisa Maisarah, pelajar 3 tahun. Kemudian diikuti dengan ucapan daripada Ketua Pendidik dan Pengerusi PIBP.
Pada jam 9.00 malam, majlis diteruskan dengan
makan malam. Amboi sedapnya.. ambik, jangan tak ambik...
Majlis disambung pada jam 9.30 malam iaitu aktiviti nyanyian lagu PERMATA dan bacaan Ikrar oleh semua kanak-kanak Permata. Bacaan ikrar diketuai oleh Mohd Haiqal Firdaus, kanak-kanak 4 tahun. Kemudian, acara diikuti dengan lakonan 'Pokok bengkok' oleh kanak-kanak 4 tahun.



Persembahan yang simple tetapi menarik.. mmm rasa nak tengok lagi... tapi dah tak sempat, masa amat mencemburui acara ini. Persembahan seterusnya ialah tarian 'chicken dance' oleh semua kanak-kanak PERMATA Mempaga. Semua kanak-kanak memakai kostum ayam yang mereka hasilkan sendiri kerana ada pertandingan kostum ayam tercantik. Yang paling meriah, kaum ibu turut dijemput menari sekali dengan anak.. seronok sungguh mereka..
Acara seterusnya ialah penyampaian anugerah dan sijil. Antara anugerah yang disampaikan ialah Anugerah Kehadiran Penuh, Anugerah Pencapaian Cemerlang, Anugerah Ibubapa Aktif, Kostum tercantik, Prince and Princess of the night, Best dress of the night dan banyak lagi.
Akhir sekali ialah penyampaian sijil untuk kanak-kanak 4 tahun. Di sini ibubapa diberi peluang untuk bergambar bersama ahli keluarga mereka. Majlis berakhir jam 11.oo malam...
Tahniah kepada semua pelajar yang konvo malam ni.. semoga jumpa lagi..


Isnin, 6 Disember 2010

HARI KEJOHANAN SUKAN PERMATA MEMPAGA 2010

Tahun 2010 PERMATA Mempaga telah mengadakan Hari Kejohanan Sukan PERMATA Mempaga di padang PAPN. Keseluruhannya ramai ibubapa dan ahli keluarga yang hadir bagi menyokong anak masing-masing disamping memeriahkan majlis. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang banyak membantu saya bagi menjayakan Hari Sukan 2010 ini.

Acara sukan bermula dengan senaman pagi yang dikendalikan oleh Cikgu Nurul dan juga Cikgu Aiman, pengerusi PIBP. Kanak-kanak nampak seronok mengikuti senaman tersebut dengan diiringi lagu 'Let's get laugh'. Ada juga kaum ibu yang menyertai senaman tersebut bagi menaikkan mood semua kanak-kanak pada waktu pagi ni.. Ibu-ibu pun nampaknya seronok, ye la, senaman ramai-ramaikan... selalunya senaman sorang-sorang kat rumah... hehe.. Amboi Cikgu Shima, semangat nampak...




Acara pertama dimulakan dengan acara lumba lari oleh kanak-kanak 4 tahun. Seronok melihat aksi mereka sebab rasanya mereka ni yang paling excited bersukan. Dah besar kan, lepas tu tengok hadiah banyak, bersusun pulak tu... bertambah semangatla... sebenarnya kanak-kanak 4 tahun 6 orang, tapi seorang tidak dapat hadir dan seorang lagi tidak mahu bersukan, tinggal la 4 orang je, jadila...
Cuba tengok kanak-kanak 4 tahun perempuan lumba lari, ayu je... maintain je kan.. Dina dengan Su'aidah, ready.... lari.....


Alamak, kenapa 2 orang je... acara ni sebenarnya acara lumba lari kanak-kanak lelaki 3 tahun, 5 orang sebenarnya, tapi 2 orang je yang nak lari, 3 orang lagi... nangis... confirm dua orang ni menang... JOHAN & NAIB JOHAN...

Panjangnya kaki kanak-kanak perempuan 3 tahun ni, apa-apahal pun kanak-kanak perempuan semua best sebab semua nak join acara.. bagus kan... lagi bagus dari kanak-kanak lelaki...
ingatkan kanak-kanak perempuan yang berkepit dengan emak diaorang tapi lelaki pulak yang berkepit... manjanya..


Acara lumba lari bagi kanak-kanak 2 tahun pulak, Ibu memberi kata semangat sebelum memulakan acara. Anak tak nak lari, tukar acara jadi acara lari bawa anak... hehe..



Acara kedua pula ialah junjung pundi kacang kanak-kanak lelaki 4 tahun... seriusnya muka, bukan apa nak seimbangkan badan tu, bukannya senang kan bagi budak kecik macam ni...
Cuba tengok, kanak-kanak perempuan jugak yang maintain cute je..



Alamak, dua orang ni lagi... jadila, daripada takde orang nak main... janji ada pemenang...
Girl jugak yang best...


Acara untuk kanak-kanak 2 tahun ni, kami ubah sikit. Letak pundi kacang atas tangan. Anak tak nak lari, ibu pun lari sekali la... bagi semangat..



Acara seterusnya ialah bawa bola pingpong dalam sudu, isi air dalam botol, rebut kerusi....
Acara untuk ibubapa pun ada juga. Antaranya acara lari ikat kaki, cari anak, tiup tepung dan galah panjang. Semua acara berjalan dengan lancar. Selesai semua acara, majlis penyampaian hadiah pula dijalankan iaitu acara yang paling dinantikan oleh semua kanak-kanak... Olahragawan dan olahragawati tahun 2010 jatuh kepada Muhammad Azzarul Iqhmal dan Nurrusdina Adriana. Akhir sekali adalah acara makan.... dah penat kan, semuanya pasti lapar...
Alhamdullillah semuanya berakhir jam 12.00pm... lepas kemas, boleh balik....

Ahad, 8 Ogos 2010

Lawatan dari Klinik Pergigian

Aktiviti: Ceramah, Latihan Memberus Gigi & Pemeriksaan Gigi
Tarikh: 9 Ogos 2010
Masa: 9.30 amHari: Isnin


Sesi ceramah tentang gigi dan pemakanan





Tlg Hana nurse!!!!


Say aaaaa Balqis

Say aaaa Rzuan


Edry & Rzuan tunjuk skill


Jom kumur-kumur

'Sedapnye ubat gigi ni' Agaknye tu la yg c Aisyah Amani ni ckp

PAPN Mempaga telah menerima kunjungan daripada Klinik Pergigian Bentong. Lawatan tersebut adalah bertujuan untuk memberi latihan memberus gigi, ceramah dan pemeriksaan gigi kepada kanak-kanak PAPN Mempaga. Macam-macam gelagat diorang. Haa...tengok je la gambar-gambar ni.