Khamis, 14 Jun 2012

MASTERCHEF PAPN MEMPAGA

Masterchef PAPN Mempaga telah julung kalinya diadakan di PAPN Mempaga pada 12 Jun 2012.  Pada Mesyuarat bulan Mei yang lepas, peserta Masterchef telah dibahagi kepada 5 kumpulan iaitu seramai 3 keluarga untuk 1 kumpulan. Menu makanan yang ditetapkan adalah bertemakan makanan kanak-kanak.3 Menu makanan hendaklah disediakan iaitu hidangan yang berasaskan roti, kuih dan air atau jus. Semua ibubapa digalakkan untuk berbincang awal mengenai menu makanan, bahan yang diperlukan dan kreativiti hiasan yang ingin mereka lakukan pada hari program nanti.

Tanggal 12 Jun 2012, Program Masterchef PAPN Mempaga telah diadakan seawal jam 8.30 pagi. Acara dimulakan dengan pertandingan 'Musang Berjanggut'.


 
Inilah hasilnya.. Tahniah..





Pertandingan Memasak sudah bermula.







 



Akhirnya semua juri telah sebulat suara memilih pemenang-pemenang Masterchef PAPN Mempaga.

Pemenang Pertama
Pemenang Kedua
Pemenang Ketiga
Pemenang Keempat
Pemenang Kelima
Secara keseluruhannya, semua ibubapa amat kreatif dan berbakat dalam menghasilkan juadah makanan untuk anak-anak. Program berakhir pada jam 12.00 tengahari. Semua ibubapa pulang setelah menjamu selera.

Selasa, 12 Jun 2012

PERTANDINGAN MENGHIAS SUDUT PAPN


Program yang dijalankan di PAPN Mempaga pada bulan April ialah Pertandingan Menghias Sudut. Hari Sabtu 21hb April telah dipilih sebulat suara oleh semua ibubapa seperti yang dibincangkan di dalam mesyuarat bulanan. Ibubapa telah dibahagikan kepada 3 kumpulan dan begitu juga sudut yang perlu dihias iaitu Sudut literasi awal, sudut kreativiti dan bahagian tempat makan kanak-kanak. 
Ibubapa dikehendaki berbincang dalam kumpulan mengenai bahan yang diperlukan, apa yang ingin dihias dan sumber kewangan hendaklah dikutip dari kalangan ahli kumpulan masing-masing.
Ibubapa serta pendidik sangat komited dalam menghias sudut masing-masing sehingga mereka sanggup datang malam beberapa hari sebelum tarikh program untuk mengecat dinding dan menyiapkan bahan-bahan yang diperlukan untuk ditampal di dinding.

Kumpulan 1 : Hias sudut Literasi

 

Sudut Literasi yang telah siap dihias








Sudut kreativiti yang siap dihias
Kumpulan 3 : Hias Tempat Makan

 
                                                  Tempat Makan yang telah siap dihias

Sambutan Hari Lahir untuk Kanak-Kanak Yang Lahir Pada Bulan April


Pertandingan diadili oleh pendidik Jemputan. Pemenangnya adalah kumpulan 1, naib juara ialah Kumpulan 2 dan tempat ketiga ialah Kumpulan 3. Tiada hadiah diberi kerana pihak PIBP bersetuju untuk mengumpul markah dalam setiap pertandingan sehingga hujung tahun. Ok, Sampai sini saja untuk bulan ini. Sehingga berjumpa lagi pada bulan akan datang.

Selasa, 10 April 2012

SAMBUTAN ULANGTAHUN PERMATA MEMPAGA DAN HARI LAHIR KANAK-KANAK SERTA SUKANEKA PERMAINAN TRADISIONAL


 
Acara dimulakan dengan aktiviti senamrobik yang dikendalikan oleh pendidik.

Kemudian diteruskan dengan acara kanak-kanak iaitu Permainan Tuju.. Kanak-kanak dikehendaki membaling serpihan tempurung yang dipecahkan kecil kepada tempurung yang besar.

Ibubapa sedang memujuk anak-anak untuk membaling tempurung. Hanya 2 orang kanak-kanak 2 tahun yang hadir.. Mmm.. pasti mereka menang...

Seorang bapa sedang mengukur jarak balingan tempurung. Serpihan tempurung yang paling dekat jaraknya dengan tempurung yang besar akan dianggap pemenang.



Acara seterusnya ialah acara keluarga iaitu boling kelapa. Mula-mula anak baling, kemudian ibu dan seterusnya bapa. Pin yang banyak jatuh akan dianggap sebagai pemenang..

 Yeaa... Kami juara...


 Kek Ulangtahun PERMATA dan kek yang dibawa sendiri oleh ibubapa.


Selepas  acara memotong kek dan minum pagi, acara sukan disambung semula dengan acara untuk ibu, bapa dan pendidik..
Acara bawa batu bata
Acara dukung anak

Acara Lari Ikat Kaki































Semua acara berakhir berakhir pada jam 11.00 pagi. Sebelum pulang semua yang hadir dijamu dengan nasi ayam. Setelah menjamu selera, semua ibubapa bekerjasama untuk mengemas. Majlis berakhir pada jam 12.00 tengahari.. Sehingga berjumpa lagi di program yang akan datang. Sekian..