Selasa, 23 Ogos 2011

MAJLIS BERBUKA PUASA, SAMBUTAN HARI LAHIR & PEMASANGAN BENDERA


Pada 19 Ogos 2011, PIBP PAPN Mempaga telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa, Sambutan Hari Lahir dan Pemasangan Bendera Malaysia Sempena Hari Kebangsaan. Majlis bermula jam 6.15petang. Kaum Ibu menyediakan juadah untuk dihidangkan di atas meje. Wah! Banyaknya makanan, mmm tak sabar rasanya, nak tunggu waktu berbuka. Manakala kaum bapa bergotong royong memasang bendera dan lampu bersama-sama sementara menunggu waktu berbuka Puasa.


Pada jam 7.00malam, Pendidik telah mengagihkan makanan yang ditempah iaitu sate dan nasi beriyani. Pengagihan dilakukan berdasarkan tempahan makanan yang telah dibuat sebelum ini.
Apabila tiba waktu berbuka puasa, keadaan menjadi sunyi, maklumlah... semuanya sedang menjamu selera...




Pada jam 7.45, Sambutan Hari Lahir Muhammad Syafiq Syafie telah diadakan. Kek telah disediakan sendiri oleh ibunya. Ramai kanak-kanak berkumpul di sekeliling meja kerana menunggu untuk makan kek.. Setelah menyanyi lagu hari lahir bersama-sama, kek telah dipotong dan diagihkan kepada semua kanak-kanak.




Pada jam 8.15 malam, Majlis tersebut telah berakhir dan semua pulang dengan perut yang kenyang. Alhamdulillah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan