Rabu, 26 Oktober 2011

HARI SUKAN KANAK-KANAK PERMATA MEMPAGA
22 OKTOBER 2011
"BADAN SIHAT, MINDA CERGAS"


Pada 22 Oktober 2011, Hari Sukan Kanak-Kanak PERMATA Mempaga telah diadakan di padang PAPN Mempaga. Sambutan amat menggalakkan daripada ibubapa serta ahli keluarga kanak-kanak. Mereka datang memeriahkan suasana dan memberikan sokongan kuat kepada anak-anak mereka. Pada tahun ini hadiah yang dipersetujui oleh ibubapa untuk diberi ialah Medal kerana ia boleh dijadikan sebagai kenangan. Hadiah telah disusun awal oleh pendidik untuk memudahkan acara penyampaian hadiah nanti. Barang-barang untuk semua acara sukan juga telah disediakan awal sebelum program bermula.



Banyaknya botol, nak bawa pergi mana tu?


Garisan telah dihasilkan menggunakan tepung oleh Cikgu Nazira. Mmm agak lurus garisan itu..


Iwan, bawa baby sekali.. baiknya abang Iwan ni..

Jam 7.30 pagi, para ibubapa telah ramai yang hadir memenuhi kawasan laman PAPN. Setelah semua mendaftar nama, MC iaitu Cikgu Nasyani telah memulakan majlis dengan bacaan Surah Al-Fatihah untuk memberkati majlis sukan yang diadakan. Sebagai permulaan acara senamrobik untuk meregangkan otot telah diadakan dan semua yang hadir diajak untuk bersenam bersama anak-anak.


Acara pertama ialah Lumba Lari oleh kanak-kanak 4 tahun, diikuti dengan kanak-kanak 3 tahun dan kanak-kanak 2 tahun.


"Buat macam ni, ke garisan, sedia, angkat punggung sikit, lari......"


Acara rebut kerusi dimenangi oleh A'zmeer


Acara pecah belon dimenangi oleh A'zmeer lagi.


Susun lego tinggi-tinggi tau...


Alamak, jatuhla pulak bola pingpong ni...


"Apiq, nanti masukkan bola banyak-banyak dalam bakul ye..", kata mak Apiq.


Sambutan Hari lahir Wan Muhamad A'zmeer dan Nisa Maisyarah


Acara tarik tali telah dibahagikan kepada 2 kumpulan. Pengadil untuk acara ini ialah Tuan Pengerusi PIBP iaitu En. Mohd Izwan


Wah, bersemangatnya.. para ibubapa memasuki acara pangku anak..


Bersedia untuk acara boling padang..



Kena salam dulu, baru boleh ambik hadiah.. Terima kasih Papa Mia


We are the champion, of the world....


Kami pun menang jugak..


Keras juga piala ni, buat dari apa ni?


Amboi, kemain posing... Juaralah katakan..


Menang lagi diaorang ni, mm cuma tukar tempat je..


Juara acara tarik tali bapa - Kumpulan 1


Juara Tarik Tali Bapa - Kumpulan 2


Olahragawan PAPN Mempaga sesi 2011
Wan Muhamad A'zmeer


Olahragawati PAPN Mempaga sesi 2011
Nurul Ain Qistina

Acara sukan berakhir pada jam 11.30pagi. Kita berjumpa lagi untuk program bulan depan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan