Isnin, 22 April 2013

MAJLIS PERPISAHAN PENDIDIK, PPM DAN SAMBUTAN HARI LAHIR


Program bulan Oktober pada tahun ini adalah Majlis Perpisahan Pendidik, PPM dan Sambutan Hari Lahir Kanak-Kanak. Sambutan dari kalangan ibubapa amat meriah bagi menghargai jasa dan pengorbanan pendidik dan ppm selama mereka berkhidmat di PAPN Mempaga.

Untuk makluman semua, 3 orang pendidik dan ppm akan dipindahkan ke tempat bertugas yang baru iaitu Cikgu Harisun ke PAPN Sungai Siput, Perak, Cikgu Nurul Azilah ke PAPN Gadek, Melaka, Cikgu Che Rozana ke PAPN Rawang, Hulu Selangor dan PPM Noraliza Hayati ke Prasekolah Rinching, Semenyih Selangor. Tinggallah saya sorang-sorang. Bilala Cikgu Nazira Che Dom yang dipinjamkan ke PAPN Kuantan balik ke PAPN Mempaga. Huhu..



Juadah makanan yang dibawa oleh ibubapa.. nyum..nyum..
 
Majlis dimulakan dengan acara sambutan hari lahir Aqeiff Syah Putra yang ke - 4.

Sesi penyampaian cenderahati oleh Pengerusi PIBP, En. Mohd Taufiq Ikram kepada pendidik dan ppm yang akan meninggalkan PAPN.

Bermula dengan Cikgu Rozana

Seterusnya Cikgu Nurul

Dan seterusnya Cikgu Harisun

Last sekali PPM, Noraliza Hayati

Kek Perpisahan yang disponsor oleh PIBP

Acara memotong kek

Akhir sekali, jom makan...


Majlis berakhir pada jam 5.30 petang. Semoga berjumpa lagi kepada pendidik dan ppm yang akan pergi meninggalkan kami. Jasamu dikenang.

1 ulasan: