Isnin, 10 Oktober 2011

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI PAPN MEMPAGA 2011



Tanggal 24 September 2011 bersamaan hari Sabtu, PAPN Mempaga telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri PAPN Mempaga 2011. Majlis bermula jam 8.00 pagi. Semua ibubapa dan anak-anak hadir dengan memakai baju raya, para pendidik pun tidak ketinggalan untuk berfesyen.

Setelah semua ibubapa hadir, jam 8.30pagi kami telah mengadakan Pertandingan Mencipta Kenderaan yang Paling Kreatif. Masa yang diberi adalah selama satu jam. Semua alat dan bahan untuk mencipta kenderaan hendaklah dibawa sendiri dari rumah. Kenderaan tersebut harus disiapkan di PAPN dan bukan di bawa siap daripada rumah.

Di sini kami nampak kesungguhan para ibubapa bertungkus lumus menyiapkan kenderaan. Sambutan amat menggalakkkan dan kami amat berbangga dengan kesungguhan dan komitmen yang ditunjukkan. Lihatlah gambar hasil kreativiti mereka...


Siap dah helicoprter Apiq..

"Tunggu ye, belum siap lagi ni"..


Papa, biar Jannah tolong papa tampal..


Cantiknya kapal..


Sorang je buat sampan.. mm manala mama Ecah..



"Kita buat sama-sama ye"



Wah.. cantiknya kereta lembu... idea siapa ni?


Apa la yang direnung tu..



Meja makan untuk VIP


Comelnya Damia Sofea...

Kek Hari Lahir Muhammad Hilmi Azhan..


Wakil dari Pejabat Felda Wilayah, Puan Rohana tiba bersama keluarga..


Pengerusi PIBP menyampaikan hadiah kenderaan paling kreatif... Syafiq dapat nombor 3..
Pemenang pertama dalam Pertandingan Mencipta Kenderaan Yang Paling Kreatif ialah Keluarga Nisa Maisyarah dengan kereta lembunya..



Pemenang kedua ialah keluarga Alisa dengan Kapal Titanicnya..



Seronoknya Alisa pun dapat hadiah juga... yea...

Selepas sesi penyampaian hadiah, semua para jemputan dijemput untuk menjamu selera.. mm sedapnya.. Majlis berakhir jam 11.00 pagi..

Selasa, 23 Ogos 2011

MAJLIS BERBUKA PUASA, SAMBUTAN HARI LAHIR & PEMASANGAN BENDERA


Pada 19 Ogos 2011, PIBP PAPN Mempaga telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa, Sambutan Hari Lahir dan Pemasangan Bendera Malaysia Sempena Hari Kebangsaan. Majlis bermula jam 6.15petang. Kaum Ibu menyediakan juadah untuk dihidangkan di atas meje. Wah! Banyaknya makanan, mmm tak sabar rasanya, nak tunggu waktu berbuka. Manakala kaum bapa bergotong royong memasang bendera dan lampu bersama-sama sementara menunggu waktu berbuka Puasa.


Pada jam 7.00malam, Pendidik telah mengagihkan makanan yang ditempah iaitu sate dan nasi beriyani. Pengagihan dilakukan berdasarkan tempahan makanan yang telah dibuat sebelum ini.
Apabila tiba waktu berbuka puasa, keadaan menjadi sunyi, maklumlah... semuanya sedang menjamu selera...




Pada jam 7.45, Sambutan Hari Lahir Muhammad Syafiq Syafie telah diadakan. Kek telah disediakan sendiri oleh ibunya. Ramai kanak-kanak berkumpul di sekeliling meja kerana menunggu untuk makan kek.. Setelah menyanyi lagu hari lahir bersama-sama, kek telah dipotong dan diagihkan kepada semua kanak-kanak.




Pada jam 8.15 malam, Majlis tersebut telah berakhir dan semua pulang dengan perut yang kenyang. Alhamdulillah...

Selasa, 9 Ogos 2011

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PUSAT KONSERVASI GAJAH KEBANGSAAN DAN DEERLAND LANCHANG, PAHANG





Tanggal 30 Julai 2011, Pusat Anak PERMATA Negara Mempaga telah mengadakan Lawatan Sambil Belajar ke Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan dan Deerland di Kuala Gandah, Lanchang Pahang. Kami berkumpul di Stesen bas Feldajaya Mempaga pada jam 8.30pagi. Kami memulakan perjalanan jam 9.00pagi dan berkonvoi sebanyak 12 kereta. Nampaknya semua anak-anak PERMATA amat teruja untuk melihat gajah. mm.. mari kita lihat aksi mereka..



Jam 9.45pagi, kami tiba di Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan. Sebelum memulakan aktiviti, kami semua mengabadikan kenangan dengan bergambar beramai-ramai. Setelah mendaftar, kami diberikan pelekat untuk aktiviti lawatan dan memberi makan gajah sahaja. Ramai ibubapa yang kecewa kerana tidak dapat menyertai aktiviti menunggang dan memandikan gajah. Pihak Pusat Konservasi memaklumkan bahawa lawatan kami adalah untuk kanak-kanak PERMATA 4 tahun ke bawah, jadi mereka tidak dapat memberi pas tersebut. mmm .. takpela.. nak buat macam mana kan... Untuk lawatan yang akan datang, saya akan cuba berbincang dengan Pihak Konservasi untuk mendapatkan pas tersebut. insyaallah..

Setelah mendaftar kami dijemput untuk menonton video mengenai kehidupan gajah. Tetapi apabila melangkah ke bilik tayangan, sekali lagi kami kecewa kerana bilik tersebut telah dipenuhi oleh pelawat yang lain. Oleh itu kami mengambil alternatif lain dengan melihat replika, sejarah dan gambar gajah pada pameran kehidupan gajah yang disediakan.




Selepas itu kami melangkah menuju ke Pentas aktiviti gajah. Di sini kami diberi peluang untuk memberi gajah makan dan diberi penerangan mengenai kehidupan gajah.






Setelah semua aktiviti selesai, kami menjamu selera di dewan Pusat Konservasi dengan hidangan makan tengahari yang telah ditempah.. mmm... seronoknya makan ramai-ramai...



Setelah selesai menjamu selera, kami meneruskan lawatan ke Deerland pula.
Bayaran untuk masuk ke sini, dewasa RM5 dan kanak-kanak 3 tahun ke atas RM3.


Deerland ialah seperti Mini Zoo yang menempatkan pelbagai haiwan dan yang uniknya di sini, kami diberi peluang untuk memberi rusa makan dengan masuk ke dalam kandangnya.. ramai kanak-kanak yang menangis kerana takut dengan rusa yang datang menghampiri untuk meminta makanan..




Satu lagi yang menarik di sini, kami diberi peluang untuk memegang dan bergambar dengan ular. Ada yang menjerit geli dan ada yang seronok... Kanak-kanak juga seronok melawat tempat ini kerana mereka dapat melihat pelbagai haiwan dengan lebih dekat lagi dan boleh memegangnya.



Setelah habis melawat, kami semua pulang jam 2.30petang.. mmm.. letihnya... Tapi seronok.. lain kali boleh pergi lagi...

Jumaat, 4 Mac 2011

MAJLIS SUAIKENAL WARGA PERMATA MEMPAGA SESI 2011


Tanggal 19 Februari 2011, PAPN Mempaga telah mengadakan Majlis Suaikenal Warga PAPN Mempaga bagi sesi 2011. Majlis bermula seawal jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 11 pagi.
Majlis ini diadakan untuk mengeratkan lagi silaturrahim diantara warga Pendidik, Ibubapa yang lama dan baru serta semua anak-anak PERMATA. Majlis telah diadakan di ruang depan PAPN.

Setiap keluarga dikehendaki membuat pembentangan mengenai keluarga masing-masing di hadapan semua ibubapa yang lain. Selain itu mereka juga dikehendaki menghasilkan frame gambar keluarga mengikut kreativiti mereka dengan menggunakan bahan yang terbuang.

Program ini sangat bagus kerana ia dapat menunjukkan bakat ibubapa dan meningkatkan keyakinan diri mereka untuk bercakap di khalayak ramai. Walaupan ada yang menggeletar untuk bercakap tetapi mereka masih mencuba untuk membuat pembentangan sebaik mungkin. Syabas diucapkan kerana semua keluarga dapat membuat pembentangan dengan baik sekali.
Selepas aktiviti pembentangan selesai, acara jamuan makan diteruskan. Sambutan hari lahir kanak-kanak turut diadakan bagi yang lahir pada bulan Februari. Kek juga telah disumbangkan oleh Keluarga Rizzuan. Sungguh comel kek Ben 10, hasil air tangan ibunya sendiri tu.. mmm sedapnya.. Kanak-kanak PERMATA juga dapat hadiah jam tangan dari keluarga Rizzuan. Terima kasih.


Selepas acara memotong kek, adalah acara yang paling ditunggu-tunggu iaitu makan....
Selesai jamuan, semua ibubapa bekerjasama mengemas, wah bagusnya... selepas itu, balik... yea....

Isnin, 7 Februari 2011

Mesyuarat Agong PIBP PAPN Mempaga Sesi 2011


Pada 22 Januari 2011, PAPN Mempaga telah mengadakan Mesyuarat Agong PIBP PAPN Mempaga Sesi 2011. Ramai ibubapa yang hadir dalam mesyuarat tersebut. Mesyuarat bermula jam 8.30 pagi dan dipengerusikan oleh Cikgu Noor Hanani. Bacaan doa dimulakan bagi memberkati majlis pada pagi itu. Agenda mesyuarat dimulakan dengan ucapan Ketua Pendidik. Seterusnya adalah sesi perletakan jawatan ahli AJK PIBP 2010 dan disambung dengan perlantikan AJK PIBP sesi 2011 yang baru. Senarai AJK PIBP Sesi 2011 ialah:

Pengerusi : En.Mohd Izwan B. Ishak Noran
Timbalan Pengerusi : Roshila Bt. Sharudin
Setiausaha : Ayisah Bt. Hamdan
Setiausaha 2 : Nazzatul Izan Bt Abd Aziz
Bendahari : Norfarhana Bt. Ramli
Ajk Peralatan : Firdaus Roshidin B. Mohd Mohidin
Ajk Pengangkutan : Mohd Taufiq Ikram B. Mohd Mohidin
Ajk Kebersihan : Noor Mastura Bt Mansor
Ajk Makanan : Shamsiah Bt Mohd Noh


Seterusnya, agenda diteruskan dengan sesi pembentangan mengenai usul-usul yang telah dicadangkan oleh ibubapa yang dibincangkan oleh Ketua Pendidik. Antaranya ialah usul mengenai program, aktiviti anak-anak dan penglibatan ibubapa. Agenda yang terakhir ialah perbincangan mengenai isu-isu berbangkit di PAPN oleh Ketua Pendidik. Mesyuarat tamat jam 10.30pagi dan disusuli dengan jamuan ringan.

Khamis, 13 Januari 2011

MALAM GRADUASI PERMATA MEMPAGA 2010

Tanggal 10 Disember 2010, Pusat Anak Permata Mempaga telah mengadakan majlis Malam Graduasi Permata Mempaga bagi sesi 2010. Majlis ini diadakan di Resthouse Bentong. Pada jam 8.00 malam, ruang dewan telah dipenuhi oleh ibubapa, ahli keluarga, kanak-kanak dan juga warga PERMATA Mempaga. Majlis bermula jam 8.30 malam dan dipengerusikan oleh Cikgu Noor Hanani. Semua jemputan yang datang memakai baju yang cantik dan bergemerlapan kerana pada malam itu diadakan pertandingan prince and princess of the night.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh En. Mohd Khair iaitu bapa kepada Nisa Maisarah, pelajar 3 tahun. Kemudian diikuti dengan ucapan daripada Ketua Pendidik dan Pengerusi PIBP.
Pada jam 9.00 malam, majlis diteruskan dengan
makan malam. Amboi sedapnya.. ambik, jangan tak ambik...
Majlis disambung pada jam 9.30 malam iaitu aktiviti nyanyian lagu PERMATA dan bacaan Ikrar oleh semua kanak-kanak Permata. Bacaan ikrar diketuai oleh Mohd Haiqal Firdaus, kanak-kanak 4 tahun. Kemudian, acara diikuti dengan lakonan 'Pokok bengkok' oleh kanak-kanak 4 tahun.



Persembahan yang simple tetapi menarik.. mmm rasa nak tengok lagi... tapi dah tak sempat, masa amat mencemburui acara ini. Persembahan seterusnya ialah tarian 'chicken dance' oleh semua kanak-kanak PERMATA Mempaga. Semua kanak-kanak memakai kostum ayam yang mereka hasilkan sendiri kerana ada pertandingan kostum ayam tercantik. Yang paling meriah, kaum ibu turut dijemput menari sekali dengan anak.. seronok sungguh mereka..
Acara seterusnya ialah penyampaian anugerah dan sijil. Antara anugerah yang disampaikan ialah Anugerah Kehadiran Penuh, Anugerah Pencapaian Cemerlang, Anugerah Ibubapa Aktif, Kostum tercantik, Prince and Princess of the night, Best dress of the night dan banyak lagi.
Akhir sekali ialah penyampaian sijil untuk kanak-kanak 4 tahun. Di sini ibubapa diberi peluang untuk bergambar bersama ahli keluarga mereka. Majlis berakhir jam 11.oo malam...
Tahniah kepada semua pelajar yang konvo malam ni.. semoga jumpa lagi..